Google

Wednesday, April 11, 2007

PERBEZAAN KONSEP PEMBANGUNAN

Jika diamati setiap fahaman di dunia ini mempunyai konsep yang tersendiri terhadap pembangunan ini. Bagi negara yang rata-ratanya menganuti fahaman kapatasisme, mereka lebih menitikberatkan membangun, maju dan moden. Bagi mendapatkan status negara membangun, maju atau moden sesebuah negara tersebut hendaklah mampu dan menguasai sains dan teknologi. Di samping itu juga, negara tersebut hendaklah mampu mewujudkan sektor perindustrian dan perusahaan.

Ini kerana bagi mereka melalui perindustrian dan perusahaanlah ekonmi negara akan berkembang, pembangunan bandar akan bertambah pesat, peluang-peluang pekerjaan dapat disediakan dan kemiskinan dapat dikurangkan. Selain daripada itu, pembangunan minda, tingkahlaku, politik dan fizikal serta mental juga dititikberatkan. Namun apa yang menjadi asas kepada konsep pembangunan mereka adalah ekonomi sebagai penggerak dan matlamat pembangunan.

Apa yang membezakan antara fahaman kapatalisme dengan Islam dalam konsep pembangunan adalah bagi Islam pembangunan merupakan pembangunan manusia atau pembangunan insaniah. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pembangunan dalam Islam merangkumi tiga aspek penting iaitu pembangunan fizikal, mental dan spritual (3+1).

Selain itu jika ditelitikan daripada sudut ekonomi pula, pembangunan mengikut sistem kapitalis Barat dimana riba berlaku dalam semua urusan bank dan perniagaan adalah ditegah oleh Islam. Ini jelas difirmankan oleh Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kau tidak mengerjakannya, maka ketahuilah bahawa Allah dan rasul-rasulnya akan memerangi kamu…"

"Orang yang memakan riba tidak boleh berdiri (pada hari kiamat ) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan…"

Surah al-Baqarah: 275

No comments: