Google

Wednesday, April 11, 2007

KONSEP PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

2.1 ASAS PEMBANGUNAN DALAM ISLAM

Pembangunan dalam Islam boleh ditakrifkan sebagai menerima pembangunan asing, barat dan timur yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan menolak apa–apa yang berbahaya berteraskan kepada nilai–nilai hidup Islam. Menurut Muhammad Akhir dan Hailani, dinyatakan bahawa ‘Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi nilai dengan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dari semua aspek (moral, kebendaan dan kerohanian) untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat’.

Pembangunan hendaklah ditangani secara secara bertahap dan berperingkat:

Tahap I

  • Peringkat kerohanian seperti pembangunan yang mengarah kepada kesucian akal dan jiwa.

Tahap II

  • Peringkat pembangunan fizikal

Menurut Rahimah Abdul Aziz, pembangunan mestilah mengandungi perkara–perkara berikut:

    1. Merangkumi keperluan asas setiap orang dan negara seperti barang–barang dan perkhidmatan. Keadilan, matlamat sosial, budaya dan politik.
    2. Berjaya mengurangkan masalah–masalah sosial dan meningkatkan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.
    3. Perubahan berencana dan terkawal
    4. Melepaskan manusia daripada pelbagai pergantungan, eksploitasi dan penindasan.
    5. Mendatangkan faedah kepada semua manusia.

2.1.1 Tauhid

Konsep tauhid adalah menjelaskan hubungan sesama manusia dengan Allah. Manusia tidak boleh atau haram untuk berhubung atau berkomitmen dengan makhluk lain selain dari Allah. Kepatuhan manusia kepada Allah bolh dilihat dari tingkahlaku atau tindakan mereka mematuhi perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dengan cara yang ikhlas dan menyeluruh. Terdapat 3 konsep pokok dalam Islam iaitu:

a) Iman

Komitmen kepada wahyu iaitu ketaatan mutlak bagi hidup berasaskan wahyu (syariah) untuk menghadapi cabaran sekitaran.

" Iman bukanlah merupakan harapan dan bukan pula perhiasan lahir; melainkan tertanam dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan"

Riwayat Ibn Najjar

b) Ilmu

Ilmu yang perlu dijadikan amalan ialah ilmu yang benar iaitu bukan yang meragukan dan tidak berguna kepada manusia. Ilmu yang benar ialah yang dapat memakmurkan dunia secara sebenarnya. Ada 3 sumber ilmu iaitu akal, pengalaman dan wahyu. Ilmu wahyu disampaikan kepada manusia melalui rasul–rasul. Penolakan dan penerimaan ilmu wahyu mempunyai kesan dalam bentuk dosa dan pahala.

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hambanya ialah orang yang berilmu"

c) Amal

Melakukan perbuatan yang diredhai Allah. Amal ini dikenali sebagai ibadat. Apabila melakukan perbuatan–perbuatan yang terkeluar dari kerangka keredhaan Allah ia dikenali sebagai fasad.

2.1.2 Rububiyyah

Konsep yang menerangkan sifat Allah. Sifat Allah adalah sebagai penguasa di alam ini. Dia yang berkuasa membuat peraturan bagi menjamin dan mengarah kehidupan manusia supaya sempurna dan sejahtera. Dia juga berkuasa untuk menjaga, mengawal. Menampung dan mengurus kehidupan makhluk ke arah kesempurnaan.

"Telah jadi nyata bahawa kerosakan di dunia (darat dan laut) disebabkan oleh perbuatan manusia ; dengan itu Allah menjadikan mereka merasa sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar"

Surah Al-Rum: 41

2.1.3 Khalifah

Manusia sebagai utusan Allah di muka bumi ini. Tanggungjawab utamanya ialah sebagai pemegang amanah Allah dalam segala aspek seperti akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Sebagai pemegang amanah, manusia tidak boleh merosakkan alam ini. Pembangunan yang hendak dijalankan adalah memberi kebaikan sepertimana yang diwahyukan oleh Allah. Oleh itu, manusia wajib mengelak dari melakukan pembangunan yang fasad iaitu pembangunan yang membawa kepada keruntuhan, kekacauan dan kezaliman.

Asas terpenting untuk melaksanakan tugas khalifah selain daripada iman ialah ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda. Pengubahan kepada kedudukan ilmu tersebut beerti telahmengubah kedudukannya yang tabii dan semulajadi yang dengan sendirinya akan mengakibatkan kepincangan dan kefasadan di muka bumi ini.

"Sesungguhnya dunia ini manis dan indah, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil untuk mengurus apa yang ada padanya. Dengan itu Dia sentiasa memerhatikan bagaimana kamu menjalankan urusan itu"

Hadith Riwayat Abu Saad Al Khudri

2.1.4 Tazkiyah

Tazkiyah merupakan mekanisma utama bagi mewujudkan pembangunan termasuk pembangunan manusia. Tazkiyah melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan oleh setiap umat manusia sekiranya dia mahu berada dalam keadaan yang sejahtera. Manusia perlu menyucikan hubungan sama ada manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan makhluk lain di dunia. Tazkiyah ada 7 unsur penting iaitu

    1. Taharah

-Mensucikan tubuh dari kekotoran, mensucikan anggota badan dari dosa, mensucikan hati dari akhlak terkeji dan sebagainya.

    1. Ibadat

-Menghambakan diri kepada Allah

    1. Zikir

-Mengingatkan Allah pada setiap masa

    1. Doa

-Memohon kepada Allah

    1. Taubat

-Meminta keampunan dari Allah

    1. Sabar

-Memupuk semangat kesabaran

    1. Mauhasabah

-Menghitung dan mengkritik diri

No comments: