"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa
keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan
penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia
adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan
dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui
Al-Qur'an".
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan
apa ya! ng terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang
digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan
sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor
tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,
terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh
darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa
darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada
ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat
tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu
sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasu! ki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah
keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan
dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh
yang
demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti
agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah
dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini".
Saturday, April 14, 2007
Cerita Gempar!!!
Wednesday, April 11, 2007
MUSUH-MUSUH DUNIA ISLAM
Bab-bab yang berikutnya akan mengkaji dunia Islam negara demi negara, dan akan mendedahkan penindasan dan kekejaman yang dikenakan kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, sebelum itu, kita mesti melihat punca-punca serangan yang dilancarkan kepada dunia Islam.
Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang mendiami kawasan tersebut beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan, dan keganasan malah pernah dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam. Ini disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan Islam yang bencikan Islam.
Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang berlainan. Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Caucasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.
Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis. Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.
Kolonialisme dan Kebencian Terhadap Islam
Bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah pemerintahan British dan Rusia. Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas. Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.
Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini. Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis "mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Caucasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.
Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat: Israel.
Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam.
Dasar Ideologi-ideologi Permusuhan Terhadap Islam
Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:
1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis seperti yang telah diterangkan di atas.
2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.
3. Komunisme: Soviet Rusia, China, Kemboja di bawah pemerintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.
Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua puluh. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh. Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.
Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad kesembilan belas.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah. Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi. Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.
SEJARAH DUNIA ISLAM(MUQADDIMAH)
ERA KEBANGKITAN ISLAM
MUKADIMAH
Seruan kepada mereka yang memiliki kesedaran...
Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama kemudian.
Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan. Genocide bermaksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di Bosnia...
Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu "berita rutin."
Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut. Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.
Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.
Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu "makanan" untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.
Seseorang yang benar-benar beriman, walau bagaimanapun,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:
Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)
Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka, dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokkan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia. Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial, atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran. Pengetahuan tentang perkara tersebut telah meletakkan suatu tanggungjawab besar di atas bahu mereka: iaitu menerangkan tentang ajaran Islam dan keindahan-keindahan yang dibawa olehnya, menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran, dan melancarkan peperangan ideologi kepada golongan ateis... (Pent: iaitu golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan)
Sesiapa yang mengambil tugas mulia tersebut akan dapat membebaskan semua insan yang hidup di bawah penindasan dengan bantuan petunjuk al-Quran:
...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)
Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk mendedahkan penderitaan umat Islam yang tidak berdosa di serata dunia, dan juga untuk menyeru mereka yang berkesedaran untuk memikirkan tentang situasi tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya. Ini bukan masanya untuk kekal membisu, bersifat tidak kisah, mengejar kesenangan kecil dunia ini, dan membuang masa dengan perdebatan dan pertengkaran yang sia-sia. Ketika berjuta-juta umat Islam menderita disebabkan oleh kekejaman dahsyat tersebut, kita adalah manusia yang tersangat-sangat mementingkan diri sendiri jika enggan memikul sebarang tanggungjawab untuk menegakkan agama Islam. Tidak menjadi satu keraguan bahawa perbuatan tersebut hanya menyebabkan kita menerima akibat yang pedih di akhirat nanti.
PERBEZAAN KONSEP PEMBANGUNAN
Ini kerana bagi mereka melalui perindustrian dan perusahaanlah ekonmi negara akan berkembang, pembangunan bandar akan bertambah pesat, peluang-peluang pekerjaan dapat disediakan dan kemiskinan dapat dikurangkan. Selain daripada itu, pembangunan minda, tingkahlaku, politik dan fizikal serta mental juga dititikberatkan. Namun apa yang menjadi asas kepada konsep pembangunan mereka adalah ekonomi sebagai penggerak dan matlamat pembangunan.
Apa yang membezakan antara fahaman kapatalisme dengan Islam dalam konsep pembangunan adalah bagi Islam pembangunan merupakan pembangunan manusia atau pembangunan insaniah. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pembangunan dalam Islam merangkumi tiga aspek penting iaitu pembangunan fizikal, mental dan spritual (3+1).
Selain itu jika ditelitikan daripada sudut ekonomi pula, pembangunan mengikut sistem kapitalis Barat dimana riba berlaku dalam semua urusan bank dan perniagaan adalah ditegah oleh Islam. Ini jelas difirmankan oleh Allah yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kau tidak mengerjakannya, maka ketahuilah bahawa Allah dan rasul-rasulnya akan memerangi kamu…"
"Orang yang memakan riba tidak boleh berdiri (pada hari kiamat ) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan…"
Surah al-Baqarah: 275
KONSEP PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Pembangunan dalam Islam boleh ditakrifkan sebagai menerima pembangunan asing, barat dan timur yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan menolak apa–apa yang berbahaya berteraskan kepada nilai–nilai hidup Islam. Menurut Muhammad Akhir dan Hailani, dinyatakan bahawa ‘Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi nilai dengan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dari semua aspek (moral, kebendaan dan kerohanian) untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat’.
Pembangunan hendaklah ditangani secara secara bertahap dan berperingkat:
| Tahap I |
|
| Tahap II |
|
Menurut Rahimah Abdul Aziz, pembangunan mestilah mengandungi perkara–perkara berikut:
- Merangkumi keperluan asas setiap orang dan negara seperti barang–barang dan perkhidmatan. Keadilan, matlamat sosial, budaya dan politik.
- Berjaya mengurangkan masalah–masalah sosial dan meningkatkan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.
- Perubahan berencana dan terkawal
- Melepaskan manusia daripada pelbagai pergantungan, eksploitasi dan penindasan.
- Mendatangkan faedah kepada semua manusia.
2.1.1 Tauhid
Konsep tauhid adalah menjelaskan hubungan sesama manusia dengan Allah. Manusia tidak boleh atau haram untuk berhubung atau berkomitmen dengan makhluk lain selain dari Allah. Kepatuhan manusia kepada Allah bolh dilihat dari tingkahlaku atau tindakan mereka mematuhi perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dengan cara yang ikhlas dan menyeluruh. Terdapat 3 konsep pokok dalam Islam iaitu:
a) Iman
Komitmen kepada wahyu iaitu ketaatan mutlak bagi hidup berasaskan wahyu (syariah) untuk menghadapi cabaran sekitaran.
" Iman bukanlah merupakan harapan dan bukan pula perhiasan lahir; melainkan tertanam dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan"
Riwayat Ibn Najjar
b) Ilmu
Ilmu yang perlu dijadikan amalan ialah ilmu yang benar iaitu bukan yang meragukan dan tidak berguna kepada manusia. Ilmu yang benar ialah yang dapat memakmurkan dunia secara sebenarnya.
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hambanya ialah orang yang berilmu"
c) Amal
Melakukan perbuatan yang diredhai Allah. Amal ini dikenali sebagai ibadat. Apabila melakukan perbuatan–perbuatan yang terkeluar dari kerangka keredhaan Allah ia dikenali sebagai fasad.
2.1.2 Rububiyyah
Konsep yang menerangkan sifat Allah. Sifat Allah adalah sebagai penguasa di alam ini. Dia yang berkuasa membuat peraturan bagi menjamin dan mengarah kehidupan manusia supaya sempurna dan sejahtera. Dia juga berkuasa untuk menjaga, mengawal. Menampung dan mengurus kehidupan makhluk ke arah kesempurnaan.
"Telah jadi nyata bahawa kerosakan di dunia (darat dan laut) disebabkan oleh perbuatan manusia ; dengan itu Allah menjadikan mereka merasa sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar"
Surah Al-Rum: 41
2.1.3 Khalifah
Manusia sebagai utusan Allah di muka bumi ini. Tanggungjawab utamanya ialah sebagai pemegang amanah Allah dalam segala aspek seperti akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Sebagai pemegang amanah, manusia tidak boleh merosakkan alam ini. Pembangunan yang hendak dijalankan adalah memberi kebaikan sepertimana yang diwahyukan oleh Allah. Oleh itu, manusia wajib mengelak dari melakukan pembangunan yang fasad iaitu pembangunan yang membawa kepada keruntuhan, kekacauan dan kezaliman.
Asas terpenting untuk melaksanakan tugas khalifah selain daripada iman ialah ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda. Pengubahan kepada kedudukan ilmu tersebut beerti telahmengubah kedudukannya yang tabii dan semulajadi yang dengan sendirinya akan mengakibatkan kepincangan dan kefasadan di muka bumi ini.
"Sesungguhnya dunia ini manis dan indah, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil untuk mengurus apa yang ada padanya. Dengan itu Dia sentiasa memerhatikan bagaimana kamu menjalankan urusan itu"
Hadith Riwayat Abu Saad Al Khudri
2.1.4 Tazkiyah
Tazkiyah merupakan mekanisma utama bagi mewujudkan pembangunan termasuk pembangunan manusia. Tazkiyah melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan oleh setiap umat manusia sekiranya dia mahu berada dalam keadaan yang sejahtera. Manusia perlu menyucikan hubungan sama ada manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan makhluk lain di dunia. Tazkiyah ada 7 unsur penting iaitu
- Taharah
-Mensucikan tubuh dari kekotoran, mensucikan anggota badan dari dosa, mensucikan hati dari akhlak terkeji dan sebagainya.
- Ibadat
-Menghambakan diri kepada Allah
- Zikir
-Mengingatkan Allah pada setiap masa
- Doa
-Memohon kepada Allah
- Taubat
-Meminta keampunan dari Allah
- Sabar
-Memupuk semangat kesabaran
- Mauhasabah
-Menghitung dan mengkritik diri
PEMBINAAN PERIBADI PEMIMPIN
1. Kepimpinan adalah suatu institusi penting bagi menyelaraskan suatu
penyelarasan sesebuah organisasi. ( Jamaah )
2. Ia adalah jentera atau alat yang aktif guna mencapai tujuan dan matlamat yang
digariskan oleh sesebuah organisasi ( Jamaah )
3. Kepimpinan adalah suatu amanah yang diterima daripada mereka yang
dipimpin. Firman Allah swt :
Maksudnya :
“ Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain , maka hendaklah orang yang
diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.”
( Al Baqarah 283 )
4. Kepimpinan adalah suatu taklif bukan suatu tasyrif .
Sabda Rasulullah ( saw ) :
Maksudnya :
“ Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawab akan kepimpinannya.”
Sabda Rasulullah ( saw ) :
Maksudnya :
“ Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya , ia mati kerana
tiba ajalnya pada hal ia telah melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya
melainkan Allah mengharamkan syurga baginya .”
Pelantikkan Pemimpin .
Ia adalah suatu yang mesti dipandang berat justeru kepimpinan mempunyai dua rukun yang
harus dipenuhi untuk memperolehi pimpinan yang sesuai dan layak . Rukun tersebut ialah :
Quwwah dan Amanah .
Firman Allah swt :
Maksudnya :
“ Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia
memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah
ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".”
( Al Qasas 26 )
1 Al - Quwwah .
- Dalam peperangan :
* Berani mati ( syahid )
* Mahu / siap siaga untuk tampil kehadapan
* Pintar dalam siasah / teknik peperangan
- Dalam menetapkan hukum .
* Kembali kepada keadilan ( berdasarkan Al quran dan Sunnah )
* Kesanggupan melaksanakannya
- Dalam memimpin Jamaah .
*Keupayaan membawa Jamaah ke arah yang digariskan oleh Manhaj Nabawi
* Mengistiqamahkan ahli untuk terus memperjuangkan risalah As- samawiyyah ( Islam .)
2 Al - Amanah
- Tidak menjual beli ayat Allah dengan harga pasaran dunia.
- Melenyapkan rasa takut terhadap sesama manusia .
Firman Allah swt :
Maksudnya :
“ Maka jangan kamu takut kepada manusia tetapi takutlah kepadaku dan jangan kamu kamu
memperdagangkan ayat - ayatku denggan harga yang murah dan barangsiapa tidak berhukuum
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang - orang yang kufur
kepadaAllah .”
( Al Maidah 44 )
[ Jika 2 rukun ini gugur , kelayakkan sebagai pemimpin yang sesuai dan layak telah hilang .
Sebagaimana Abu Zar rha. , mempunyai amanah tetapi tiada quwwah , tidak dilantik sebagai
pemimpin oleh baginda Rasul saw. ]
Kepentingan Kepimpinan .
· Ia adalah tuntutan syara’ .
· Ia adalah tuntutan ummah .
· Untuk pengawasan dalaman sesebuah organisasi :
1. mewujudkan tarbiyyah dikalangan anggota
2. mengambil tahu hal ehwal anggota
3. menyelaraskan pentadbiran dan perlaksanaan/perjalanan jamaah.
4. bertanggunggjawab terhadap pembentukkan syakhsiyyah berjamaah dan
bermasyarakat .
5. mewujudkan suasana bermusyawarah .
Fungsi umum kepimpinan .
· Memahami fungsi kepimpinan didalam sesuatu organisasi adalah penting kerana ia
melibatkan skop keterlibatan peranan pemimpin secara menyeluruh .
· Secara umum fungsi kepimpinan dapat diringkas seperti :
1. Membentuk dan membimbing ahli jamaah ke arah kejayaan dunia dan akhirat .
2. Menyatupadukan anggota dengan bertindak sebagai orang tengah , pakar rujuk. penasihat ,
kawan yang bersimpati dan pendengar yang sabar .
3. Mewujudkan suasana yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin memperolehi
manafaat secemerlang mungkin . Ini termasuklah memberi dorongan berdasarkan ganjaran ,
hukuman dan teguran .
4. Merancang , menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota
organisasi . Setiap aspek pengurusan dijalankan dengan :
· Penglibatan yang bermakna daripada ahli
· Memberi ransangan yang berterusan kepada anggota
· menyatakan dengan jelas matlamat pengurusan .
agar wujud keselarasan dalan tindakan dan objektif .
5. Memudahkan perhubungan antara anggota organisasi ( jamaah ) . Ini mengambil kira
kaedah penyaluran maklumat yang sesuai dan berkesan .
Tegasnya kepimpinan harus mahir taktik komunakasi samaada berbentuk perseorangan,
kumpulan - kumpulan kecil dan kumpulan - kumpulan besar .
KEBERKESANAN DAN CIRI - CIRI KEPIMPINAN YANG BAIK .
1. Tidak takut celaan orang yang mencela ( bersedia menerima kritikan daripada ahli .)
2. Tidak gentar menghadapi risiko . ( tahu bagaimana mengurus risiko . )
3. Berani mencuba . ( tidak prejudis )
4. Semangat mahukan perubahan . ( tidak statik atau kaku )
5. Tidak memusuhi idea - idea baru atau pendekatan - pendekatan baru .
6. Tidak membezakan tugas atau terlalu memilih kerja - kerja jamaah .
7. Tidak beremosi sebaliknya bertindak rasional .
8. Tegas dan tidak mudah merajuk.
9. Memberi dan menerima .
10.Menunaikan hak orang lain dan tanggungjawab diri sendiri .
11.Bersikap tolerensi terhadap pandangan orang lain dengan tidak menyangka hanya
pendapatnya sahaja yang betul .
12.Mengutamakan syura daripada pendapat sendiri .
13.Optimis dengan kemenangan Islam .
14.Memiliki fizikal yang baik , minda yang cerdas , prinsip yang berwibawa dan disiplin yang baik.
15.Pengaruh dan penerimaan masyarakat terhadap peribadi dan perjuangannya .
Hak - hak kepimpinan .
· Mendapat kesetiaan daripada ahli . ( Al Wala’ ) . Tanpa kesetiaan , kepimpinan akan
pincang .
Firman Allah swt :
Maksudnya :
“ Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang
beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk
menjunjung perintah Allah).Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang
yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang
berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.”
( Al Maidah 55 - 56 )
· Mendapat ketaatan daripada ahli .
Sabda Rasulullah saw :
Maksudnya :
“ Barangsiapa yang mentaatiku maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah dan barangsiapa
yang menginkariku maka sesungguhnya ia menginkari Allah dan barangsiapa yang mentaati
pemimpinku maka sesungguhnya ia telah mentaatiku dan barangsiapa menginkari pemimpinku
maka sesungguhnya ia menginkariku .”
· Mendapat pembetulan atau teguran apabila tersilap .
Sabda Rasulullah saw :
Maksudnya :
“ Tiga perkara , sukar untuk menjadikan hati mukmin keras : Ikhlas beramal kerana Allah ,
menasihati pemimpin muslimin dan melazimi jamaah muslimin.”
Tanggungjawab Pemimpin .
· Berlaku adil dalam seluruh perlaksanaan .
Firman Alalh swt :
Maksudnya :
“ Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan
kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan
mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya
kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”
· Memimpin ahli - ahli menuju keredhoan Allah perlu ada dua suasana :
1. Suasana keinginan tinggi melakukan pelengkapan diri .
2. Suasana kesungguhan mengabdikan diri kepada Allah .
· Musyawarah dengan ahli - ahli .
Firman Allah swt :
Maksudnya:
“ Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),
engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan
kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu
maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan
hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk
membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orangorang
yang bertawakal kepadaNya”
KATA – KATA HIKMAH KHULAFA’ UR RASYIDIN
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang
membinasakan, yaitu:
· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada
tempatnya atau;
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan
pula atau;
· Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan
yang tidak berguna .
Syd. Umar Al Khattab Rha. Berkata:
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Syd. Othman Ibnu Affan Rha. Berkata:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata:
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri
dan hati-hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak
salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak
wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.